kenapa kena masak?

MASAK? arrgghhhhh....kenapa kena masak ni? dulu langsung tak suke nak masak! sebab memang tak suka, tak suka! lama-lama timbul pulak minat suka nak masak. sejak bile? sejak kawen ler....tapi terbatas juga....masak apa yang suka makan....mula-mula satu, dua...pastu tiga empat dan banyak. tidak juga selalu masak sebab masa terbatas dan bergantung kesempatan, mood, bahan-bahan yg ada dalam peti ais, dalam rumah....and maybe ada jugak hikmah kenapa duduk jauh dr kg nih, so apa-apa kena buat sendiri..agak-agak tak reti calling calling ler adik kakak, huhu..
ok, koleksi resepi kat bawah ni...resepi yang diingat balik bila dah buat, dah masak...bukan sekali bukan dua kali...dah banyak kali buat baru ingat....harap-harap tak lupa...
pic? kenapa tak ada pic? sebab tak ada dslr! kah kah! entahler, mana hingat nak snap,igt makan jerer...idak sempat jg nak snap......tak payah bubuh pic...bayangkan makanan jek dah sedap!! ahaha




Wednesday, September 30, 2009

sup ayam

uwwaa....menu ni kegemaran family..dr husband ker ana-anak. menu paling senang dan menjimatkan masa, sekali masak dah ada ayam ngan sayur...walaupun carot and kentang sahaja....hehe jimat....try ler..

bahan-bahan;
1/2 ekor ayam
2 biji kentang
2 ketul carrot
3 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (diketuk)
set rempah ratus: (kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah pelaga)
1 sup punjut
daun sup/bawang
garam

cara-cara;
1. Tumis set rempah ratus yg tlh dibasuh, bawang merah dan bawang putih.
2. Bila sudah kekuningan masukkan air, masukkan ayam, kentang, sup punjut dan halia.
3. Biarkan hingga mendidih dan separuh masak, masukkan pula carrot.
4. Garam secukup rasa, masukkan batang sup, asingkan daunnya.
5. Sedia untuk dihidangkan, tabur bawang goreng bagi menyedapkan hidangan.

**Makan bersama nasi panas...and jgn lupe buat sambal kicapnyer...
Sambal Kicap; Cili api + bawang putih ditumbuk, bancuh bersama kicap. Superb!

Wednesday, September 23, 2009

kek gula hangus

ops...dah berjaya buat 2x ngan kakYang..miss salamah..uhu...resepi ni ambik dr diana...(tq)...best le cuba sekali terus berjaya..cuma tulah nak tunggu perap lama sgt yg isk..sabar jerk.

bahan-bahannya;
**untuk gula hangus
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 s.b. mentega

**untuk kek
4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 s.k. soda bikarbonat
1 s.k. asen vanila

cara-caranya;
1. Masak gula hangus...ketepikan dan sejukkan.
2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat.
3. Pecahkan telur ke dalam blender,masukkan asen vanila, kisar.
4. Masukkan susu pekat, kisar. Kemudian masukkan tepung dan kisar lagi.
5. Biarkan adunan sehingga 4 jam.
6. Bakar adunan pd suhu 160 selama 1 jam. Jgn lupe blend semula sebelum adunan dituang ke dalam acuan.

apam pelangi

..wow....resepi ni den ambik dr myresipi.com....(tq)...sebab ms bulan pose memang teringin nak buat apam ni..and 2 kali gak berjaya membuatnyer

bahan-bahan;
1 cwn nasi
1 1/2 cwn air
3/4 cwn gula
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1/2 s.k yis(mauripan)

cara-caranya;
1. Ayak tepung bersama yis, ketepikan.
2. Blend/kisar nasi bersama air hingga hancur/halus.
3. Satukan bahan-bahan tersebut, bahagikan mengikut warna kegemaran.
4. Perap adunan sehingga 3 atau 4 jam.
5. Sebelum kukus adunan, selang-selikan adunan ke dalam acuan. kecik 15 min, besar 45 min.
6. Makan bersama kelapa parut (putih).
created by; cencurrut@gmail.com