kenapa kena masak?

MASAK? arrgghhhhh....kenapa kena masak ni? dulu langsung tak suke nak masak! sebab memang tak suka, tak suka! lama-lama timbul pulak minat suka nak masak. sejak bile? sejak kawen ler....tapi terbatas juga....masak apa yang suka makan....mula-mula satu, dua...pastu tiga empat dan banyak. tidak juga selalu masak sebab masa terbatas dan bergantung kesempatan, mood, bahan-bahan yg ada dalam peti ais, dalam rumah....and maybe ada jugak hikmah kenapa duduk jauh dr kg nih, so apa-apa kena buat sendiri..agak-agak tak reti calling calling ler adik kakak, huhu..
ok, koleksi resepi kat bawah ni...resepi yang diingat balik bila dah buat, dah masak...bukan sekali bukan dua kali...dah banyak kali buat baru ingat....harap-harap tak lupa...
pic? kenapa tak ada pic? sebab tak ada dslr! kah kah! entahler, mana hingat nak snap,igt makan jerer...idak sempat jg nak snap......tak payah bubuh pic...bayangkan makanan jek dah sedap!! ahaha




Sunday, November 22, 2009

kuah steamboat ver.kakAyu

kali ni resepi cmana nak buat kuah steamboat. version kakAyu safri..(bubuh gak nama laki dia). 1st time buat ngan kawan2 kat rumah zaidah, buat 2 jenis kuah, satu kuah ayam, satu lg kuah tomyam. ok ni resepi version kakAyu....

bahan-bahan;
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 inci halia
4 batang serai (dititik)
Cube ayam(non MSG)
Garam
Gula
2 liter air
Minyak

cara-cara;
1. Tumbuk bahan; bawang putih, bawang merah dan hali (tumbuk lg sedap).
2. Tumis bahan-bahan yg ditumbuk hingga naik bau.
3. Bila dah garing, masukkan air dan cube ayam, masukikan juga serai.
4. Biarkan mendidih. Renehkan lama.

Maka jadilah kuah untuk steamboat.....makan bersama bahan-bahan mentah lain.
Selamat mencuba, lebihkan sayuran dalam makanan.

Friday, November 20, 2009

sambal simple

isk.nak panggil apa sambal ni pon taktau...tapi memang layan,...lau telur msk lemak cnthnyer..lawan ngan sambal ni..pastu ada ikan sepat kering goreng...superb beb!!

bahan-bahan;
segenggam ikan bilis (goreng)
bawang merah
cili api (ikut suker)
belacan

cara-cara;
1. goreng ikan bilis dan asingkan.
2. goreng pula bawang merah, cili api dan belacan. gunakan sedikit sahaja minyak.
3. kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng.
4. masukkan garam dan sedikit gula.

sedia untuk dimakan.....

Monday, November 16, 2009

asam pedas daging

ahaha.....kena edit sket yg asam pedas ayam tu,..cuma tak bubh Belacan!!!

asam pedas ayam

ahaha.....kena edit sket yg asam pedas ikan..cuma tak bubh Belacan!!!

asam pedas ikan kembung

pergh....baru-baru ni BERJAYA aku masak asam pedas dengan sedapnyer. cess perasanler sedap ke tidak entah..sebenarnya sebab dah lm tak masak..hahaha.
citer pasal asam pedas ni, kalau tyak ada ikan kembung bolehlah ganti dengan ikan merah, ikan cencaru ker....tapi aku lebih suker ikan kembung. kena plak yg ada tulurr...dah nama orang johor...akaka..mestiler suker makan asam pedas...and mesti kena masak gak sebab kat sini mana ada asam pedas pure!! lalala...


Bahan-bahan;
5 ekor ikan kembung
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah (mayang)
halia
kunyit
2 inci belacan (lg byk lg sedap)
-belacan dibakar terlebih dahulu
4 senduk cili kisar
Asam jawa
Daun kesum/cenohom
Garam & Gula secukup rasa

Petua;
**Ikan direndam bersama air asam, ikut sukatan yg mencukupi.
**Masukkan 3 biji tomato yg dibelah 4.
**Sawi jeruk.

Cara-cara;
1. Tumbuk bahan; kunyit,halia,bawang merah,bawang putih,belacan.
2. Tumis bawang merah yg dimayang tadi, bila dah garing baru masukkan bahan yg tleh ditumbuk. Biarkan hingga garing dan naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak hingga garing. Masukkan garam dan gula.
4. Masukkan tomato, bagi yg gemar tomato.
5. Kemudian masukkan ikan bersama rendaman air asam. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan sawi jeruk.
7. Akhir sekali masukkan daun kesum. Biarkan seketika dan tutup periuk.

Wednesday, October 7, 2009

..ikan pelata masak kicap..

lahai ini pun nak bubuh jugak ker? bubuh ar jugak! keh keh...
udah nama masak kicap, mesti anak-anak suke...huhu....skang ni masak ikut menu anak2, kn tanya nak makan apa. idak kang taknak makan.

bahan-bahan;
5 ekor ikan pelata
1 biji bawang merah (diketuk)
2 biji bawang putih (diketuk)
2 biji bawang besar ( potong besar)
kicap
garam
gula
air

cara-cara;
1. Gaul ikan bersama serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan pula bawang besar.
3. Masukkan kicap, anggaran pekat atau cair..bersama sedikit air.
4. Biarkan mendidih, masukkan ikan...jgn lupa sedikt garam(kalau perlu)..serta gula.

Ready untuk makan!!!

sotong goreng kunyit

jeng je jeng....masak lagi? keh keh..... kali ni sotong goreng kunyit..pergh cayalah this is my 1st time berjaya masak sotong goreng kunyit...fav anak yg sulong, pqah....baru ni beli sotong , dpt 5 ekor jerk...punyer banyak si kakak makan malam tuh.

bahan-bahan;
5 ekor sotong (bersih dan toskan)
1 biji bawang merah (ketuk)
2 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji cili merah
1 biji bawang besar (potong bulat)
1 biji kentang (potong bulat)
serbuk kunyit
garam
1 s.b. kicap
1 s.b. sos tiram

cara-cara;
1. Gaul sotong bersama serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Panaskan minyak, goreng kentang separuh masak.
3. Menggunakan minyak tadi, goreng sotong sehingga separuh masak.
4. Masukkan bawang merah dan bawang putih, cili merah serta kentang.
5. Kecilkan api dan masukkan pula kicap dan sos tiram bersama sedikit air.
6. Biarkan sehingga masak, rasa garamnya.

selamat mencuba! ehek....
created by; cencurrut@gmail.com